5/10/2011

Menara Jam Besar Taiping Menjadi Pusat Informasi Pelancong Dan Mengaturkan Aktiviti Pelancongan.


Translated from : http://www.kwongwah.com.my/news/2011/05/09/49.html

Bandar Taiping merupakan  tempat yang bersejarah dan mempunyai banyak destinasi  pelancongan yang menarik .Namun demikian, disebabkan penyebaran maklumat yang tidak mencukupi telah mengecewakan para pelancong, terutamanya pelancong asing tidak dapat informasi yang mengcukupi  untuk melancong sendiri di bandar ini.

Pengurus Pusat Informasi Pelancong Taiping (TVIC) Encik Leong Kum Weng  telah mengambil alih pusat ini selama sebulan berkata bahawa, beliau cuba mencetak peta perjalanan  bandar Taiping dengan sendirinya  dan memperkenalkan 33 buah tempat pertama di Taiping  kepada pelancong asing yang ingin melancong  di bandar ini.

Selain itu, pusat ini juga membekalkan maklumat  dari pelbagai segi seperti, destinasi lawatan, Hotel penginapan, pusat makanan,penyewaan teksi/basikal dan  sebagainya. Di samping itu, cenderamata seperti T-Shirt, bag, topi, pen, poskad ,cawan, tabung dan  lain-lain lagi juga boleh didapati sebagai tanda peringatan.

Merupakan ahli kepada TTA (Taiping Tourism Association) Encik Leong mengusahakan Pusat ini dengan nama “Taiping Raintown Leisure & Souvenir Centre” bertungkus-lumus untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan beliau kepada semua pelancong yang berminat dengan sejarah  perkembangan Bandar  Taiping dan tempat-tempat menarik  di sini.

Pusat ini mempunyai  sudut poster-poster Bandar Taiping yang lama semasa jajahan British, risalah-risalah pelancongan, informasi hotel dsb. Bangunan  Menara  Jam Besar ini mula-mula dibina dengan kayu,merupakan Balai Polis Pekan sejak 1881 dan dibina semula dengan batu-bata dalam tahun 1890 (merupakan Balai Bomba Pertama di Semenanjung Malaysia).

Menurut Encik Leong, selain daripada menjaga bangunan ini, beliau juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti: persembahan bakat muzik, nyanyian, tarian, lawatan sambil belajar,larian dsb. Beliau harap melalui aktiviti ini dapat menarik  lebih banyak pelancong ke tempat ini demi membangunkan ekonomi  tempatan.

Cik siti, pembantu pusat ini mengtakan bahawa sejak pembukaan ini,  seramai 500 orang pelancong asing yang berasal dari Jepun, Korea, Taiwan, Hongkong, Itali, New Zealand,Jerman, Russia,Singapura dll. telah melawat pusat ini.  Mereka berasa puas hati dengan perkhidmatan kami dan akan mempamerkan gambar-gambar menarik bandar Taiping di facebook. Kebanyakan mempunyai imej yang baik terhadap Taiping dan berjanji akan datang semula.

No comments:

Post a Comment